Sunday 27 October 2013

BFF Wedding

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Q nak ucapkan Alhamdulillah dan tahniah buat sahabat tersayang, Nur Fazila dan pilihan hatinya Azlan yang telah selamat diijabkabulkan pada 26 Oktober 2013 (Sabtu).. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannah serta dimurahkan rezeki..aamiin..

Kalau uolls nak tau Fazila (azie) ni kawan dari zaman sekolah lagi..Alhamdulillah hingga ke hari ini ukhwah kami masih kekal bersama..Untuk dikongsikan juga cerita cinta mereka yang sejak dari zaman sekolah..Dan Q lah merupakan orang yang jadi bodyguard bila mereka keluar dating dulu-dulu...Oopppsss
Bukan apa daripada datang yang ke 3 lagi satu tu, lebih baik Q yang jadi penyelamat sikit masa tu lah kan..hihihi

Harap-harap pengantin tak marah la ye.. I dah story kat sini pula love story diorang.. Tapi dari situ lah cinta mereka kekal hingga ke hari ini.. Alhamdulillah.. Allah kekalkan jodoh mereka hingga diijabkabulkan dan berharap ia berkekalan hingga ke Jannah.. Dalam masa lamanya bercinta tu, jangan sangka tiada dugaan menerpa.. Hanya mereka yang mengalami dan menghadapinya saja yang tahu.. Berkat kesabaran, ketabahan hati dan dengan izin dari Nya segala perancangan menjadi nyata...

Alhamdulillah...
Terima kasih Ya Allah..
Kau satukanlah kami (suami isteri) dan sinari kehidupan kami dengan hidayah dan kebahagiaan dariMu serta Kau murahkan rezeki kami (termasuklah hadirnya cahaya mata yang soleh dan solehah) dalam keluarga ini..aamiin...

::selamat pengantin baru azie&azlan::
♥♥

Monday 21 October 2013

Tuhan Berikan Aku Cinta

Walau aku senyum bukan bererti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Dijiwa ini hampa

Ku bertemu sang Adam disimpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cubaan hidup
Seakan aku hina

**Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temani ku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang Mu
Biarkanlah aku punya cinta..

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal Mu
Tuhan...beri aku cinta


Monday 14 October 2013

Niat Puasa Hari Arafah

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum...
Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim). 
Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullahﷺ ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).
Rasulullah ﷺ juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”...
Hak Puasa Arafah Di Mana Saja
Dalam Ibadah Haji pelaksanaannya menurut tempat dan ketetapan waktunya, iaitu pada tarikh 9 Zulhijjah semua jemaah haji diwajibkanberwukuf atau berada di Padang Arafah. Dalam ibadah puasa pula waktu pelaksanaannya adalah mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Maka bagi umat Muslim yang tdk mengerjakan ibadah haji mempunyai tarikh yang sama 9 Zulhijjah seharusnya malah disunnahkan berpuasa walau di mana saja mereka berada di muka bumi ini.
Ianya tidak terikat dengan kedudukan geografi politik, ketika jemaah haji wukuf di Arafah, kita puasa Arafah, walaupun kita di Malaysia berbeza sehingga 5 jam, yang terpenting harinya. Kerana apabila kita puasa pada hari berikutnya, maka jama’ah haji sudah tidak lagi berada di Arafah, sehingga tidak boleh dikatakan puasa Arafah.

Sunday 13 October 2013

Aidiladha & KTM komuter

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum...
Sebelum terlupa Q nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua saudara-saudara ku. Mungkin ada yang dah mula pulang ke kampung halaman dan ada yang terpaksa bekerja sebab tak dapat cuti..
Takpelah..bekerja pun da kira berkorban..hihi
Ramai lah buat majlis aqiqah atau qurban masa ni..tak ketinggalan juga yang nak mendirikan rumahtangga..
Moga selamat semua untuk segala perancangan yang telah diaturkan..
Kat sini juga Q nak kongsikan cerita tentang ladies coach yang telah disediakan oleh KTM komuter untuk pengguna wanita... Q da lama tak naik komuter..so bila naik coach tu rasa safe la..tapi lain pula rasanya..Q rasa hairan sebab perkara tu macam tak menjadikan apa-apa...Nak tau kenapa??? Sebab ada jantina lain dalam tu... bukan seorang tau...cuma Q tak dapat nak tangkap semua orang tu..huhu
Bila golongan kami ni tengok mereka, mereka boleh buat tak tau je.. Tak nampak sign sticker tu atau tak boleh baca??
Entah lah..
**biar gambar ceritakan semua...

Monday 30 September 2013

Caramelo...oh..oh...

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Firstly Q harap sahabat semua sihat walafiat hendakNya... kesibukan dan kekangan masa membuatkan Q tak sempat nak update stori-stori menarik... Agak blur fikiran ni..
Tapi untuk hari ni, Q nak cakap pasal penangan caramelo ni...Uolls tau tak ape caramelo tu????
Dia sejenis makanan yang boleh dijadikan snack atau kudap-kudapan bila kita rasa nak makan...Yela..kadang-kadang mulut ni nak je mengunyah...Padahal bukan rasa lapar sangat...so...dengan ada nya caramelo ni, memang sesuai sangat la untuk dijadikan snack..
Memang ramai orang borong caramelo ni..mase Q pergi KUD (Karnival Usahawan Desa) hari tu memang ramai sangat orang... Dan niat Q ke sana juga sebab nak jumpa sis yang jual caramelo ni...yang memperkenalkan caramelo ni...sis Lily Wahab...tapi nasib tak menyebelahi.. takde rezeki nak jumpa sis Lily...so dapat caramelo jela mase pergi KUD tu..
Dan nak dijadikan cerita akibat tak dapat jumpa tu,boleh pula ditemukan dengan sis Lily dalam mimpi...alahai...bangun pagi tadi memang tersengih je..sampai macam tu sekali sebab nak jumpa akak tu..
Bukan apa...Q jadi kagum dengan dia sebab apa saja yang dia buat pasti menjadi...nampak kemajuannya...seronok bila tengok orang berjaya..dan berdoa agar satu masa nanti Q sendiri peroleh kejayaan macam beliau...aamiin...
Aamiin Ya Allah...
Semuanya dengan izin dariNya...
InsyaAllah...
::terima kasih kerana sudi membaca::
::teguran diterima::
:) 

Saturday 28 September 2013

Outstation & Elken

Assalamualaikum...
Untuk kesekian lamanya...hari ni baru nak update cerita sikit...
Minggu ni cukuplah seminggu encik suami 'outstation'..masih berbaki lagi 2 minggu untuk si dia habiskan masa di sana...(macam jauh sangat je.. subang je pun..)
Dan malam ni keluar dinner sambil bincang pasal side income dengan adik ain..hihi tak payah beradik sangatlah walaupun Q ni tua sikit je dari dia..tapi apa yang buat kami sama ialah nama dan kami ibu kepada anak-anak kami... penyayang tak??
Jumpa ain di AEON Seremban 2 dan minum-minum di RK Satay.. borak-borak pasal Elken dan anak-anak..
Biasalah bila ibu-ibu bertemukan...nak stori pasal ape je lagi...
Apa-apa pun keadaan lagi best kalau ade encik zauj tersayang.. really miss u... ♥♥
#terima kasih kerana sudi membaca..

Wednesday 25 September 2013

Ujian dari Mu... Allahu rabbi

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum...


Jalan susah atau jalan senang adalah pilihanmu...


Jika diberi jalan yang mudah jangan pula engkau lupa diri..
Dan jika jalan susah yang engkau hadapi, jangan pula engkau kesali..

Sebaik-baiknya tetapkan hati supaya tidak meninggi diri dan tidak pula merungut...
Teruslah berusaha untuk kecapi setiap impian yang engkau ingini...

Jalan..muka bumi ini luas..
Rezeki dari Allah SWT itu ada dimana-mana sahaja..
Berdoalah agar sentiasa diberi petunjuk dan berbalik kepadaNYA untuk segala keputusan yang engkau lakukan...

Ujian diberi kerana DIA merinduiku.. Allahu rabbi..


~Istiqamah~





Aku mohon keredhaan dari Mu Ya Allah...
Hanya pada Engkau Yang Satu...

Thursday 25 July 2013

Zakat Fitrah

Assalamualaikum...

Menjelang Ramadhan dan berada di bulan Ramadhan nie semua muslimin dan muslimat mesti ingat tentang zakat kan??!!
Jangan ingat untuk persiapan raya je sampai lupa tanggungjawab untuk keluarkan zakat..
Kat sini Q kongsikan kadar zakat dan pengertian lain tentang zakat untuk pengetahuan kita semua..


Pengertian Zakat Fitrah.
~ Zakat fitrah ialah zakat diri yang telah difardhukan ke atas individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pengertian Zakat.
~ Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah :

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam uacapannya kepada orang ramai beliau berkata : Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata : aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim 

Kadar Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri.



Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5 :
  1. Waktu Wajib
    Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. Waktu Paling Afdal
    Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. Waktu Sunat
    Sepanjang bulan Ramadhan
  4. Waktu Makruh
    Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  5. Waktu Haram
    Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.






Ok..jangan lupa bayar zakat ye kawan-kawan... Ini serba sedikit perkongsian dari Q..
Selamat menunaikan tanggungjawab kita semua..
Salam Ramadhan Mubarak..

*sumber dari Lembaga Zakat Selangor.


Thank you for reading this entry !

Iftar & Celebrated birthday

Assalamualaikum...

Firstly Q nak cakap Alhamdulillah kerana masih berkesempatan bertemu Ramadhan untuk tahun ini.. Syukur sangat dan sekarang dah berada di tengah-tengah bulan Ramadhan ( 16 Ramadhan)..

Untuk stori kali ni Q nak celebrated besday encik suami.. Disebabkan puasa so, kitorang jadikan masa berbuka lah untuk celebrated.. Padahal takde lah meriah mane pun sambutan.. Kami 3 beranak je.. 

Mulanya cadang nak book untuk weekend sebab banyak sikit mase.. Tapi encik suami nie da teruja sangat sebab isteri nak belanja pergi makan kan.. So kitorang pun pergi la pada hari 'kejadian' tu juga..

22 Julai 2013 / 13 Ramadhan
Iftar di Summit Hotel, USJ Subang..


Gelagat anak dara masa ni, asyik makan ais je.. Jenuh nak suruh makan yang lain-lain.. Dah last2 baru la nak makan.. Tu pun makan ikan goreng dan nasi (siap nak kena bodek dan puji2 dulu untuk bagi dia makan)  Alahai anak ibu ni..

Alhamdulillah.. Selesailah hajat nak sambut besday husband walaupun dengan bawa pergi makan je.. Takde kek pun.. Hihi apa2 pun husband suka..

Ok, sampai sini dulu..

Thanks you for reading this entry !

Thursday 27 June 2013

Exam fever... KPSL N27

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Setelah 3 hari berperang dengan minda ni, hari ni semuanya da selesai..apa yang tak terjawab, dah pun terjawab.. Usaha, doa dan tawakal je setakat ni.. Q dah lakukan sehabis baik untuk kesemua kertas peperiksaan tu.. InsyaAllah jika ade rezeki, dapat la keputusan yang baik nanti..

2 paper sebelum ni ok je.. Tapi hari ni paper undang2... Memang mencabar lah..kelam kabut di buatnya.. Rase tak cukup mase nak tulis & jawab semua soalan tu.. Apa-apa pun berserah aje lah.. Semua da lepas.. Cuma tunggu result je nanti..
Dengan harapan tak nak la repeat next year.. Huhu sedihhh

So esok keje macam biase.. 3 hari dapat cuti tanpa rekod untuk pergi exam.. Alhamdulillah.. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.. Aamiin..

**neves nak tunggu result keluar pula ni.. Adoiiii

Thursday 13 June 2013

Resepi Singgang Ikan Selar (menu diet)

Assalamualaikum..

Juz want to share my simple menu..
Malam nie Q sediakan dinner dengan lauk yang sangat simple dan boleh merangkap menu diet untuk Q sendiri dan husband..

Kebetulan pula, husband Q tak pernah rase masak singgang nie.. So inilah kali pertama Q sediakan masakan ni untuk husband.. 

Ok la. So bahan-bahannya :

~bawang besar
~bawang putih
~halia
~lengkuas
~serai
~garam
~serbuk kunyit/kunyit hidup
~asam keping
~tomato
~cili api
~ikan selar kuning (saiz yang sederhana)
~air

Step memasak

1) tumbuk semua bawang, halia dan lengkuas..serai tu di ketuk sikit..
Ha.. Macam nie lah rupanya.

Ini pula tomato segar yang dah dibelah-belah..

2) Sediakan air dalam periuk..(agak-agak lah nak banyak mane ye) lepas tu tunggu air tu mendidih sikit.. Bile da mendidih, masukkan bahan2 yang da ditumbuk tu, letak sikit serbuk kunyit dan garam..

3)Tunggu sehingga air mendidih lagi, lpas tu masukkan asam keping, cili api dan ikan..

4)Tunggu hingga ikan agak-agak masak dan lauk da mengelegak, boleh la masukkan tomato..


Bila da masukkan tomato, jangan biar lama sangat ye.. Nanti habis lembik la tomato..agak-agak da ok, da rase lauk tu da cukup garam, da sedap, boleh la hidangkan..


So, inilah rupa ikan selar masak singgang dari Q.. Selamat menjamu selera.. 
Alhamdulillah... Nasib baik husband tak complain macam-macam..hihi 👍😊❤


Wednesday 12 June 2013

2nd anniversary & 1year 3months old besday girl..

Assalamualaikum..

Agak lama tak menjenguk blog nie.. Nasib baik tak bersawang macam rumah yang ditinggalkan.. Haha mau nye bersarang labah-labah semua..

Sebenarnya, Q baru je raikan ulangtahun perkahwinan yang ke 2 pada 10 Jun 2013.. Alhamdulillah da 2 tahun rupanya kami menjalani hidup sebagai suami isteri dan telah dikurniakan cahaya mata yang sangat comel.. Pelbagai cerita suka duka, susah senang yang telah kami hadapi.. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan olehNya..
Dengan harapan untuk tahun-tahun mendatang, kami masih berkasih sayang dan bahagia dengan keluarga ini..aamiin..
Semuanya dengan izin Allah SWT.. InsyaAllah..

Dan hari ini... 12 Jun 2013
Genap lah umur anakanda kesayangan Q nie, 1 tahun 3bulan.. Tengok aje lah ragam nya.. Macam-macam yang dia da pandai buat..haihhh tak terlayan la ibu nye ni ha.. Sejak da pandai nak berjalan nie, ada2 aje la kerja nye..

*sampai disini aje..sekian.. Semoga bertemu lagi.. (Dengan harapan tak tinggalkan blog nie bersawang lagi) hihi

Thursday 18 April 2013

TQ to famous Blogger

Assalamualaikum...

Holla...antara ramai-ramai blogger yang famous, rupa-rupanya ade 1 blogger famous yang sudi jadi kawan Q..nak tau sape??
Harapnya Q tak terlambat lagi untuk ucap thanks pada blogger famous amos (hahaha) ooppss salah tu..
Blogger famous http://www.benashaari.com/ sebab sudi follow blog nie http://questorimori.blogspot.com/ ..

Dah la tak berapa nak glamour kan..kan??
eh pastu gelar blogger plak tu..blogger ke??
walaupun Q baru ade 3 followers tapi BA sudi juga la menjelajah ke blog yang tak seberapa hebat nie..
Al-maklum la...baru nak berjinak-jinak..hehehe

Q suke jelajah ke blog BA sbb banyak cerita menarik..infomasi yang hangat & panas lagi..
Tambah-tambah dengan cerita baby boy Qhaliff tu..seronok nak baca..
Kalau uolls nak baca dan nak tau cerita-cerita menarik, boleh la terjah ke blog BA ye..
Tak boring pun baca..ok..

TQ BA..



Monday 8 April 2013

Dimana harga diri??

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum..




Setelah sekian lama membiarkan ruangan nie kosong tanpa berita...kini aku kembali untuk mencoretkan sesuatu yang menjadi persoalan dan pertanyaan di minda aku nie..

Melihat saja gelagat, kelakuan, perwatakan orang disekeliling kita mungkin ada saja persoalan yang bermain di minda.. Mungkin kita persoalkan kenapa ianya terjadi?? Dimana letaknya harga diri..??
Mungkin ada diantara mereka sedar atau tidak dengan setiap perkara yang dilakukan..kita sendiri tidak tahu.

Sebenarnya aku disini bukan hendak 'berlagak' baik..tapi aku juga manusia yang ingin menjadi seseorang yang lebih baik..dan aku juga sentiasa memperbaiki diri sehingga ke saat ini...i am not the perfect person..
Aku sukakan kebaikan..amalan yang membawa aku ke syurga nya..aku juga suka kan hiburan yang ada di dunia ini..Ini adalah kenyataan bagi aku yang merupakan seorang manusia di muka bumi ini...

Niat aku juga disini bukan untuk menunding jari atau menilai orang sesuka hati..tetapi aku cuma berharap agar semuanya akan menjadi yang lebih baik..
Kenapa sampai sekarang masih ada lagi kaum hawa yang sanggup mendedahkan, menonjolkan kecantikan diri untuk tatapan umum?? Dimana sifat malu, sopan santun seorang wanita itu??
Mungkin jika yang melakukan silap itu adalah anak2 muda, dia mungkin boleh ditegur oleh ibu bapa nya..tetapi jika yang melakukan kesilapan itu adalah seorang ibu, isteri, atau yang juga boleh berfikir dengan warasnya. dimana letaknya akal fikiran itu??
Kenapa begitu mudah manusia ini melakukan perkara yang mudahnya mendatang keburukan pada diri sendiri??

Aku juga tertanya2...dimana letaknya pegangan agama kita.?
dimana letaknya perasaan malu kita? hingga ada yang melaga pipi, berpeluk, bercium antara lelaki dan wanita dengan mudah tanpa berfikir dahulu setiap perbuatan itu diperhatikan..
Mudahnya manusia melakukan dosa dan kesilapan dlm hidup..

Aku cuma berharap agar kita semua dapat berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara..tambahan pula ada dikalangan kita yang sering menjadi ikutan masyarakat..alangkah baiknya jika kita melakukan sesuatu yang membawa ke arah kebaikan dan itu menjadi ikutan orang ramai...Subhanallah...

Moga Allah SWT sentiasa memberi rahmat dan membuka pintu hati kita untuk sentiasa berubah, bertaubat dan mengerjakan amal kebaikan untuk menuju ke syurga Nya..
Sedih bila memikirkan kesilapan lalu dan dosa2 yang kita lakukan..terhapuskah ia dengan secubit amal yg kita buat sekarang???
Ya Allah..lindungilah kami semua dari azab api neraka mu..kurniakan hidayah dan rahmatMu kepada kami dan jadikan kami ini orang2 yang beriman..aamiin... :'(



**aku manusia biasa yang juga sedang memperbaiki diri untuk menjadi muslimah, bidadari Syurga yang Allah redhai..Ya Allah..jadikan aku orang yang sabar, tabah untuk menempuhi liku2 kehidupan ini..Sebaik2 perancangan adalah aturan hidupku yang telah Engkau tetapkan..aamiin...
Apa yang aku cari adalah redha ALLAH SWT...

Wednesday 20 March 2013

1Million Woman Purple Walk


Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum...

On 17 March 2013 ~ 1Million Woman Purple Walk
Q set time untuk sampai kat sana pukul 8am camtu dengan kawan2..Macam biase la yang menghantar Q ke sane ialah encik suami tersayang...hihihi ooh ye Q lupa pulak nak bagitau tempat kejadian nie kat Putrajaya sebab Q keje kat sane.. So mase da kat sane Q col kengkawan yang da sampai..berkumpul kat Galeria Putrajaya...sampai je situ, da jumpa kawan dan kena drop borang pengesahan kehadiran kat box yang telah disediakan...siap tulis lagi hadir bersama......si kecik manis...tentu la anak dara Q tu..siap bawa baby skali..

Mase tu Q, pakai la baby carrier..kang nak dukung jenuh pulak kan..da semangat gak la anak dara sorang nie walaupun tengok badan tak besar mane...hihi
Event start je dengan senam seni pagi tu...hihih maka ber"exercise" la si ibu nie dengan anaknye yang terpinga2..."ntah ape la yang orang ramai2 ni buat"??? hihihih

Bila da abis senam seni bermula la perjalanan kami semua ke Istana Kehakiman...dari situ la macam2 artis ada..oh pengacara diawal event tu dengar suara Dato' AC Mizal & Hunny Madu...
huhuh mase tue la kalau nampak bukan main banyak gerai2 orang menjual...
Q tak tunggu sampai abis sebab baby mengantuk dan rimas panas2 tu...tapi bila balik, mase naik kete kan ade aircond, tak pula tido anak dara nie..main2 pula dia...ish..ish..ish...


Lepas balik dari Putrajaya, encik suami cakap cam boring je kalau balik rumah terus..so kitorang terjah terus rumah kawan hubby kat Puchong..Sebenarnya da mesej  & col da kawan dia tu, tapi tak berjawab..so main redah jela...hihi nasib kawan ade kat rumah..biase la lepak2 sume bincang pasal bisnez je masing2 nie...


Ok la..itu aje untuk cerita Purple Day yang tak berapa nak purple sangat nie sebab Q takde baju purple..huhu

OK...DA~~~



Monday 18 March 2013

Resepi Daging Goreng Berempah

Bismillahirrahmanirahim...

Assalamualaikum..

Firstly Q harap uolls semua sihat walafiat hendaknya..Kalau ade yang demam2 tu sila-sila la makan ubat ye..Jangan tunggu da melarat, da melepet (bahasa mne nie) hihi, baru la nak cari ubat..Penah dengar tak ayat "mencegah lebih baik dari merawat"..?? so kena la sentiasa jage kesihatan ye..

Sebelum Q melalut lebih2, baik sedar diri dulu dan stop cakap yang bukan2...hihihi
Ok la...untuk entry kali nie Q nak share resepi yang simple2 je..dari tak tau nak share ape2, so Q try la yang paling ok untuk share ngan uolls semua nie...

Untuk start masak kena sediakan bahan2 dulu ye cik adik manis...kalau tak, entah ape jela yang yang krungg krangg krungg krangg kat dapur tu...(eh, bunyi masak camtu ea??) hihihi ntah la...Q main bedal je.. Ok, lets start cooking..

Bahan2 :
Daging (dihiris)
Bawang Holand @ besar (dihiris)
Bawang Putih ( dihiris)
Minyak Masak
Serbuk Kari
Serbuk Kunyit
Sos Tiram
Kicap Pekat Manis
Cili Api (3 biji & belah 2)
Garam
Air


Cara memasak :

Mula2 panaskan sedikit minyak..bila da panas, masukkan daging yang telah digaul bersama sedikit serbuk kunyit..Masak daging tu hingga air dari daging tu kering sedikit (jangan sampai garing pula ye)..lepas air da kering sikit, boleh la masukkan 1 sudu setengah serbuk kari dan sos tiram bersama kicap manis sekali..(ha masuk je semua tu sekali gus)..tambahkan sedikit air untuk bagi lauk tu berkuah sikit untuk digaul2kan.. Lepas tu boleh la masukkan garam secukup rasa..Dan untuk terakhir sekali masukkan bawang2 tadi dengan cili api tu..(org nesmilan nie memang pantang kalau tak rase pedas..asal boleh je semua pun nak ade cili) hihi
Q letak bawang tu last2 sebab tak nak bawang tu jadi layu sangat... Ok bile da rase semua ok, boleh la padamkan api tu dan sedia untuk dihidang...

ini la rupa Daging Goreng Berempah dari Puan Q...hihi  =)  (simple & takde hiasan)

Ok siap...tak tau la selera uolls camne kan..Q masak nie pun sebab da takde idea untuk masak daging yang simple2..so cube je dengan bahan yang sedia ade kat rumah..Tak payah nak turun pergi kedai..Al maklum la duduk rumah bertingkat2 nie memang masalah sikit bila nak ke kedai...hihih (bukan Q malas tau tapi ade sebab2 nye kenapa tak suka turun naik semata2 nak ke kedai) melainkan ade perkara yang mustahak...

Ok la ye...selamat mencuba dan selamat menjamu selera..
*nanti da cuba atau uolls ade ape2 yang nak share, boleh la bagitau ye..  =)





Monday 18 February 2013

Soal Wanita TvAlHijrah

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Firstly Que nak ucap terima kasih pada kamu yang sudi baca or follow blog Que..Yela blog yang tak berapa nak meriah sangat nie kan.. Apa-apa pun Que doakan uolls sihat dan berbahagia sentiasa hendaknya..Al maklum lah sekarang nie cuaca tak berapa nak ok..ramai kawan2 termasuk la Que yang asik dok batuk2 nie..Semoga kita semua dikurnia kesihatan yang baik2 hendaknya..aamiin...

Ok la..Que sebenarnya nak kongsikan pengalaman pertama Que yang kena shoot untuk rakaman TV..
Ya Allah...neves nya rasa..Ye la..memang tak pernah pun sebelum nie..Que dapat offer nie pun hasil dari kawan yang kenalkan @ bagi no.fon Que pada crew TvAlHijrah tu...anyway thanks to sis Ain Bahazin..
Sebab dia la Que dapat xperience nie.. Bila dapat col tu, Que punya xcited + neves..haha

Bayangkanlah kene interview la pulak ha..ooohhh topik untuk rakaman Soal Wanita tu "Shopaholic" (kaki shopping)..hihihi Que nie boleh tahan gak la..memang suke bershopping..kalau berduit lebih, memang suke window2 dulu..kalau berkenan memang beli la jawab nya..hihihi kalau nak diikutkan mase zaman bujang dulu memang over sikit..sebab Que share minat dengan ibu tersayang..hihihi tambah2 kami suke tukar2 barang or sama2 pakai sebab saiz sama (untuk saiz kasut la) hihihi...kalau handbag memang boleh main tukar2..hihi sebab ibu punya citarasa pun still cam orang muda uolls...hihi =)

Cuma bila da bertukar status dari single to married dan bergelar ibu nie, bershopping tu banyak lebih pada anak..my lil daughter..ooohhhh sweet.. kadang2 untuk husband pun ade gak..hihihi yela untuk orang tersayangkan..ape pun sume ok..Que shopping takde la over sangat sampai ade kadkredit...tak sanggup la nak berhutang..nanti fenin kefale...hahaha beli pun ikut kemampuan n keperluan je..jangan membazir..tak elok...membazirkan amalan SYAITAN...so berpada2 la ye..

12/2/13 ok, this my pic with Raja Farah & Sis Amie Sofea..dan si kecik comel tu ialah anakanda Que..

16/2/13 crew TvAlhijrah datang rumah pula untuk shoot aktiviti kat rumah dengan family...hihi mase tu, tak pasal2 husband kene interview gak..hihi ok..sekian untuk entry kali nie..

**saksikan Soal Wanita setiap Sabtu 12tengahari di TVAlHijrah.."Segalanya bermula disini"
(wah promo tau..)
*minggu nie 23/2/13 topik Kencing Tikus..(tengok ye..hihihi ade muka kami terselit kat situ)
*Topik Shopaholic 2/3/13..episod last untuk musim pertama..

##thanks uolls..  =)

Wednesday 6 February 2013

Simple dishes (Bendi & Tempe)

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hari nie Q nak share resepi yang sangat2 simple menjadi hidangan kami pada malam semalam..
First time masak camnie..Memang best dan terrrrramat la sedap..
Hihih sebenarnye, Q cume tolong en.suami je untuk masak sebab Q kena jaga si kecik yang merengek kalau kena tinggal..(walaupun sejengkal) so kena la hadap je dia..
Cian en.suami kena takeover dapur pulak..hihih (anyway TQ so much for helping me)

OK...
Lets start memasak ye puan-puan..hihihi  =)

Bendi & Tempe (pic dari Google)

Bahan-bahan
- Bawang besar (separuh je) dihiris
- Bawang putih (diracik halus)
- Cili padi (3tangkai je) dihiris
- Bendi
- Tempe
- Sos Tiram
- Air
- Tepung jagung

Cara-cara:
- Mula-mula panaskan minyak..
- Goreng tempe hingga sedikit kekuningan dan bila da kuning2 tu, angkat tempe tadi.
- Kemudian tumiskan bawang2 tadi bersama cili padi sehingga naik bau. Masukkan sos tiram (suka hati la nak banyak ke sikit) dan sedikit air (berkuah)..kacau kesemua bahan tadi dan masukkan sedikit tepung jagung(kegunaan tepung jagung untuk pekatkan kuah)
- Lepas tu, masukkan bendi dan gaul bersama kuah tadi. Agak-agak bendi da masak sedikit, masukkan tempe yang dah digoreng tadi dan gaul kan bersama..

Hah dah siap..(eh jangan lupa padamkan api, kang tak pasal2 meletup dapur uolls) hehehe  =D

Ok la..selamat mencuba..Oh ya..mesti ade kekurangan kat sini kan..hmmmm takde pic makanan yang telah dimasak la...hihihi sebenarnya terlupa & tak sempat nak snap sebab da habis kena ngap..
Nanti bila Q masak menu nie lagi, Q update pic ye..sori kawan..

*kalau da cuba or da penah makan menu nie, boleh la share stori dengan Q...
have a nice day friends...  =)

Tuesday 5 February 2013

Diam & Sabar

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Dalam sesuatu perkara, berdiam diri itu lebih baik dari melontarkan sebarang ayat.
Risau jika tersalah cakap, ia menjadi bisa yang melukakan hati seseorang.
Ubatilah kelukaanmu dengan memaafkan orang disekelilingmu.
Sungguh pun setiap apa yang dikatakan memang tidak dapat dilupakan dengan begitu sahaja.

Allah itu Maha Adil
Maha Mengetahui segala-galanya.

Bersabarlah wahai hati.
Kerana dengan sifat sabar itu mencerminkan keperibadianmu.



*HAPUSKAN DENDAM, BERSIHKAN HATI, LURUSKAN NIAT

*SABAR ITU INDAH..

keep it simple & smile

Tuesday 22 January 2013

Photoshoot

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Syukur Ya Allah kerana masih diberi peluang kepada ku untuk menikmati hidup nie..
Harap-harap masih boleh lagi kalau Que nak wish Hepi New Year pada semua kawan-kawan..  ;)
Sekejap je masa berlalu..sekarang dah tahun 2013..

Sebenarnya entri kali nie Que cuma terfikir dan nak bercakap pasal Photoshoot @ Pre Wedding or ape2 yang berkaitan dengan nye la kan..hihihi
Firstly...
Agak-agak uolls la kan....Perlu ke Pre Wedding tu ye?? Untuk apa??
Bukan apa..cuma zaman sekarang nie memang da ade pakej photographer yang shoot time event dan sebelum tu..so mesti ramai yang giler kamera nie nak posing2 kan??? (termasuk la orang yang menaip nie)

Bagi Que la kan..boleh je kalau bakal2 pengantin nie nak buat photoshoot tu..tak pe la kan..kalau tuan badan nak..cuma berjaga2 la ye dengan segala perbuatan kita..kena jaga batas2 nya masa nak posing2 tu..
Al maklum lah..kebanyakannya nak berposing mesti nak 'mesra alam' dengan bakal suami tu..
cuma OOpppsSSss jangan over uolls...nanti ade aksi2 yang agak kurang sedap mata memandang..
Antara sedar atau tak...antara sengaja atau tak....itu Que tak tau la...

Biasenya aksi-aksi mesra alam tu, orang shoot mase lepas akad nikah (acara batal air sembahyang) tu..
Mase tu la bermula nye sentuh menyentuh antara pasangan..Si isteri salam dan cium tangan suami dan suami cium dahi isteri..Dan kalau lebih baik, lepas nikah tu si suami letakkan tangan di atas ubun-ubun isteri berserta dengan doa dan niat nya...macam nie :

“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’  (Riwayat Abu Daud).

Ok...berbalik pada al kisah tadi...Que agak kurang senang dengan bakal-bakal pengantin yang berposing mase pre wedding tu dengan aksi yang kurang elok..contoh : berpeluk, bercium (tak kisah la cium kat mana pun)..bukan apa..Que bukan nak tunjuk baik sangat..tapi perkara macam tue la kita kena sedar dan tak patut buat..bukan ke mase tu pasangan nie belum ada ikatan yang sah..??? Sedar tak???
Maaf lah kalau ada yang terasa atau tak suka dengan kata-kata Que..nie adalah pandangan Que secara peribadi nya dan cuba berkongsi untuk sama-sama kita fikirkan..

Sebenarnya nikmat tu semua lebih dapat dirasai bila da sah dalam perhubungan..boleh je nak manja2 dan bemesra2 dengan suami kan...itu lebih indah..so Que harap, kita semua dapat menjaga segala perilaku kita untuk masa akan datang..semoga semuanya berada di dalam rahmat dan diredhai ALLAH SWT..
INSYAALLAH..


**maaf andai ada tersalah kata yang menguris hati semua..
**yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk datang dari diri saya sendiri..

terima kasih sebab sudi baca..kalau suka, boleh la follow...hihih  ;)