Monday 14 October 2013

Niat Puasa Hari Arafah

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum...
Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim). 
Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullahﷺ ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).
Rasulullah ﷺ juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”...
Hak Puasa Arafah Di Mana Saja
Dalam Ibadah Haji pelaksanaannya menurut tempat dan ketetapan waktunya, iaitu pada tarikh 9 Zulhijjah semua jemaah haji diwajibkanberwukuf atau berada di Padang Arafah. Dalam ibadah puasa pula waktu pelaksanaannya adalah mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Maka bagi umat Muslim yang tdk mengerjakan ibadah haji mempunyai tarikh yang sama 9 Zulhijjah seharusnya malah disunnahkan berpuasa walau di mana saja mereka berada di muka bumi ini.
Ianya tidak terikat dengan kedudukan geografi politik, ketika jemaah haji wukuf di Arafah, kita puasa Arafah, walaupun kita di Malaysia berbeza sehingga 5 jam, yang terpenting harinya. Kerana apabila kita puasa pada hari berikutnya, maka jama’ah haji sudah tidak lagi berada di Arafah, sehingga tidak boleh dikatakan puasa Arafah.

No comments:

Post a Comment