Thursday 29 November 2012

Bertudung @ Aurat

Assalamualaikum...

First of all...what i'm just thinking rite now is about "pakai tudung @ tutup aurat"..
Alhamdulillah...makin hari, makin ramai yang mula berubah ke arah yang lebih baik...
Sama ada dari tingkahlaku, percakapan @ gaya2 berfesyen nie...
Biasanya perkara nie lebih ke arah wanita la kan...dari yang free hair dah pakai tudung..dari yang seksi2 da pakai pakaian yang sopan..

Cuma tertanya2 apakah fahaman orang kita sekarang bila bercakap pasal bertudung @ tutup aurat.??
Mana 1 lebih penting dan perlu diutamakan.?? Bagi Q, yang lebih utama ialah menutup aurat... bukan bermaksud bertudung tu tak penting..cuma cara pemakaian tudung @ berpakaian tu amatlah memainkan peranan yang sangat penting...Q juga tidak sempurna..tapi sentiasa dan sedang berusaha untuk jadi yang lebih baik dari sebelum2nya...dan Q juga amat suka bila berfesyen..cuma tidaklah keterlaluan..
Q berfesyen @ bergaya mengikut kesesuaian dan keselesaan diri..buat apalah nak bergaya sangat2 sampai menyeksa diri...nanti akan buat kita rasa tak selesa dan kurang berkeyakinan...kan....?? betul tak??
(sori la kalau tak betul...tegur saya jika saya salah)  ;)

Q sangat2 seronok sebab tengok ramai yang da mula berhijab..macam2 gaya ade..
Cuma cara bertudung tu kadang2 buat orang sekeliling tak faham...
Ada di antaranya pakai tudung di tempat kerja tapi bila keluar jalan2 mase bercuti tak pakai tudung..
Ada juga yang bertudung dengan gaya yang tudung nya hanya di kepala (menutup rambut) leher terdedah..
Ada juga yang bertudung elok tapi tudungnya singkat (tak tutup bahagian dada)..
Ada juga yang bertudung cantik tapi dibahagian lehernya di pin kan sehingga menampakkan bentuk lehernya.
Ada juga yang bertudung tutup dada tapi lengan baju nya singkat sampai siku..
Ada juga yang bertudung labuh tapi baju/seluarnya ketat..
dan macam2 lagi la kesalahan yang kita kaum hawa lakukan..sama ada perasan atau tak...


Masya Alah....sedar tak sedar, perkara kecil2 nie la yang sering dipandang remeh...
Q juga masih belajar untuk jadi yang lebih baik...masih berusaha jadi muslimah yang mempunyai ciri-ciri yang lengkap..apa jua fesyen yang ada sekarang nie masih boleh digayakan tapi yang penting ianya mesti mengikut syariat..Moga2 kaum hawa semua boleh menjadi bidadari di Syurga Nya nanti..yang amat indah dalam bayangan Q.. Semoga kita semua memperoleh hidayah dan mendapat rahmat dariNya agar lebih faham tentang sesuatu perkara yang kita lakukan..Fahamilah apa maksud sebenar sesuatu perkara itu mengikut syariat Islam..


~berfikirlah sebaik-baiknya..segalanya terpulang kepada kita untuk menentukan sesuatu keputusan..


**akhir sekali, Q nak ucapkan terima kasih pada semua kawan-kawan yang sehingga ke hari ini menerima dan suka dengan cara Q mengayakan tudung2..yang Q nak pertahankan ialah ianya pakaian longgar dan menutup dada..InsyaAllah.
Oh ya..ramai yang minta Q buat tutorial tapi Q belum berkesempatan nak buat...InsyaAllah, ade mase terluang nanti Q akan penuhi permintaan tu ye..Tq 4 all ur support..


Wednesday 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Assalamualaikum wbt..

Simple update..juz want to remind myself & uolls..

Minggu nie cuti berselang seli dengan kerja..hari isnin kerja, selasa cuti, rabu kerja, khamis cuti & jumaat kerja..Untuk yang keje government memang cuti la pada hari tue..Selasa Hepi Devali..
Esok, Khamis Awal Muharram..Bermula la tahun baru dalam Islam..Dah tentu ramai yang akan ingat New Year tapi tak kebanyakkan yang ingat tentang tahun baru Islam.. Sedih nya rasa  :(
Que pun masih kurang arif dan peka tentang nie..InsyaAllah dengan perkongsian & mencari ilmu nie, kita sama-sama boleh perbaiki diri@kelemahan ini untuk jadi yang lebih baik dari sekarang..InsyaAllah..


Jadi untuk peringatan kita semua (yg beragama Islam) amalkanlah doa akhir tahun & awal tahun nie ye..



Semoga kita semua sentiasa dalam limpahan rahmat dariNya...Amin...Amin Ya Rabbal Alamin..InsyaAllah..





Pada yang bercuti panjang tu, semoga cuti ini dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat..
Mungkin juga ade yang bawa anak-anak bercuti...al-maklum la, sekarang nie cuti sekolah kan..
So, have a nice day..hepi holiday uolls..



**Salam Maal Hijrah dari saya..
~Cahaya Penyejuk Mata~