Wednesday 29 January 2014

UmaiiFoods

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Coretan pertama untuk tahun 2014. Dengan harapan tahun baru ini menjadi tahun yang membawa rezeki yang lebih berkat dan memberi sinar kebahagiaan dalam kehidupan ini..

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Illahi, tahun baru ini dapat sesuatu yang baru. Ilmu berniaga yang sangat menyeronokkan.. 

Que perkenalkan UMAIIFOODS kepada semua kenalan.. Antara produk makanan yang halal dan sedap dari UmaiiFoods ialah Berjah (asas ikan bilis) yang sangat sesuai dijadikan menu berpantang bagi ibu yang lepas bersalin, Caramelo (snek kekacang/bijirin) yang sesuai untuk snek diet, dan Butterscotch (jem) yang sesuai makan dengan roti, biskut dan lain-lain.. Semua makanan ni memang sedap.. Bagi siapa yang nak cuba, boleh order dengan Que.. Que merupakan agen Umaiifoods di Seremban, Negeri Sembilan. 

Terima kasih buat Lily Wahab yang memberi kepercayaan pada Que untuk memperkenalkan produk makanan yang sedap ni pada orang Nogori.. :) Alhamdulillah untuk 2 hari permulaan ni, sambutan sangat memuaskan.. Alhamdulillah rezeki dari Allah SWT..

Ok, untuk order boleh PM Que kat FB..



Sunday 27 October 2013

BFF Wedding

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Q nak ucapkan Alhamdulillah dan tahniah buat sahabat tersayang, Nur Fazila dan pilihan hatinya Azlan yang telah selamat diijabkabulkan pada 26 Oktober 2013 (Sabtu).. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannah serta dimurahkan rezeki..aamiin..

Kalau uolls nak tau Fazila (azie) ni kawan dari zaman sekolah lagi..Alhamdulillah hingga ke hari ini ukhwah kami masih kekal bersama..Untuk dikongsikan juga cerita cinta mereka yang sejak dari zaman sekolah..Dan Q lah merupakan orang yang jadi bodyguard bila mereka keluar dating dulu-dulu...Oopppsss
Bukan apa daripada datang yang ke 3 lagi satu tu, lebih baik Q yang jadi penyelamat sikit masa tu lah kan..hihihi

Harap-harap pengantin tak marah la ye.. I dah story kat sini pula love story diorang.. Tapi dari situ lah cinta mereka kekal hingga ke hari ini.. Alhamdulillah.. Allah kekalkan jodoh mereka hingga diijabkabulkan dan berharap ia berkekalan hingga ke Jannah.. Dalam masa lamanya bercinta tu, jangan sangka tiada dugaan menerpa.. Hanya mereka yang mengalami dan menghadapinya saja yang tahu.. Berkat kesabaran, ketabahan hati dan dengan izin dari Nya segala perancangan menjadi nyata...

Alhamdulillah...
Terima kasih Ya Allah..
Kau satukanlah kami (suami isteri) dan sinari kehidupan kami dengan hidayah dan kebahagiaan dariMu serta Kau murahkan rezeki kami (termasuklah hadirnya cahaya mata yang soleh dan solehah) dalam keluarga ini..aamiin...

::selamat pengantin baru azie&azlan::
♥♥

Monday 21 October 2013

Tuhan Berikan Aku Cinta

Walau aku senyum bukan bererti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Dijiwa ini hampa

Ku bertemu sang Adam disimpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cubaan hidup
Seakan aku hina

**Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temani ku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang Mu
Biarkanlah aku punya cinta..

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal Mu
Tuhan...beri aku cinta


Monday 14 October 2013

Niat Puasa Hari Arafah

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum...
Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim). 
Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullahﷺ ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).
Rasulullah ﷺ juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”...
Hak Puasa Arafah Di Mana Saja
Dalam Ibadah Haji pelaksanaannya menurut tempat dan ketetapan waktunya, iaitu pada tarikh 9 Zulhijjah semua jemaah haji diwajibkanberwukuf atau berada di Padang Arafah. Dalam ibadah puasa pula waktu pelaksanaannya adalah mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Maka bagi umat Muslim yang tdk mengerjakan ibadah haji mempunyai tarikh yang sama 9 Zulhijjah seharusnya malah disunnahkan berpuasa walau di mana saja mereka berada di muka bumi ini.
Ianya tidak terikat dengan kedudukan geografi politik, ketika jemaah haji wukuf di Arafah, kita puasa Arafah, walaupun kita di Malaysia berbeza sehingga 5 jam, yang terpenting harinya. Kerana apabila kita puasa pada hari berikutnya, maka jama’ah haji sudah tidak lagi berada di Arafah, sehingga tidak boleh dikatakan puasa Arafah.

Sunday 13 October 2013

Aidiladha & KTM komuter

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum...
Sebelum terlupa Q nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua saudara-saudara ku. Mungkin ada yang dah mula pulang ke kampung halaman dan ada yang terpaksa bekerja sebab tak dapat cuti..
Takpelah..bekerja pun da kira berkorban..hihi
Ramai lah buat majlis aqiqah atau qurban masa ni..tak ketinggalan juga yang nak mendirikan rumahtangga..
Moga selamat semua untuk segala perancangan yang telah diaturkan..
Kat sini juga Q nak kongsikan cerita tentang ladies coach yang telah disediakan oleh KTM komuter untuk pengguna wanita... Q da lama tak naik komuter..so bila naik coach tu rasa safe la..tapi lain pula rasanya..Q rasa hairan sebab perkara tu macam tak menjadikan apa-apa...Nak tau kenapa??? Sebab ada jantina lain dalam tu... bukan seorang tau...cuma Q tak dapat nak tangkap semua orang tu..huhu
Bila golongan kami ni tengok mereka, mereka boleh buat tak tau je.. Tak nampak sign sticker tu atau tak boleh baca??
Entah lah..
**biar gambar ceritakan semua...

Monday 30 September 2013

Caramelo...oh..oh...

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Firstly Q harap sahabat semua sihat walafiat hendakNya... kesibukan dan kekangan masa membuatkan Q tak sempat nak update stori-stori menarik... Agak blur fikiran ni..
Tapi untuk hari ni, Q nak cakap pasal penangan caramelo ni...Uolls tau tak ape caramelo tu????
Dia sejenis makanan yang boleh dijadikan snack atau kudap-kudapan bila kita rasa nak makan...Yela..kadang-kadang mulut ni nak je mengunyah...Padahal bukan rasa lapar sangat...so...dengan ada nya caramelo ni, memang sesuai sangat la untuk dijadikan snack..
Memang ramai orang borong caramelo ni..mase Q pergi KUD (Karnival Usahawan Desa) hari tu memang ramai sangat orang... Dan niat Q ke sana juga sebab nak jumpa sis yang jual caramelo ni...yang memperkenalkan caramelo ni...sis Lily Wahab...tapi nasib tak menyebelahi.. takde rezeki nak jumpa sis Lily...so dapat caramelo jela mase pergi KUD tu..
Dan nak dijadikan cerita akibat tak dapat jumpa tu,boleh pula ditemukan dengan sis Lily dalam mimpi...alahai...bangun pagi tadi memang tersengih je..sampai macam tu sekali sebab nak jumpa akak tu..
Bukan apa...Q jadi kagum dengan dia sebab apa saja yang dia buat pasti menjadi...nampak kemajuannya...seronok bila tengok orang berjaya..dan berdoa agar satu masa nanti Q sendiri peroleh kejayaan macam beliau...aamiin...
Aamiin Ya Allah...
Semuanya dengan izin dariNya...
InsyaAllah...
::terima kasih kerana sudi membaca::
::teguran diterima::
:) 

Saturday 28 September 2013

Outstation & Elken

Assalamualaikum...
Untuk kesekian lamanya...hari ni baru nak update cerita sikit...
Minggu ni cukuplah seminggu encik suami 'outstation'..masih berbaki lagi 2 minggu untuk si dia habiskan masa di sana...(macam jauh sangat je.. subang je pun..)
Dan malam ni keluar dinner sambil bincang pasal side income dengan adik ain..hihi tak payah beradik sangatlah walaupun Q ni tua sikit je dari dia..tapi apa yang buat kami sama ialah nama dan kami ibu kepada anak-anak kami... penyayang tak??
Jumpa ain di AEON Seremban 2 dan minum-minum di RK Satay.. borak-borak pasal Elken dan anak-anak..
Biasalah bila ibu-ibu bertemukan...nak stori pasal ape je lagi...
Apa-apa pun keadaan lagi best kalau ade encik zauj tersayang.. really miss u... ♥♥
#terima kasih kerana sudi membaca..