Monday 18 March 2013

Resepi Daging Goreng Berempah

Bismillahirrahmanirahim...

Assalamualaikum..

Firstly Q harap uolls semua sihat walafiat hendaknya..Kalau ade yang demam2 tu sila-sila la makan ubat ye..Jangan tunggu da melarat, da melepet (bahasa mne nie) hihi, baru la nak cari ubat..Penah dengar tak ayat "mencegah lebih baik dari merawat"..?? so kena la sentiasa jage kesihatan ye..

Sebelum Q melalut lebih2, baik sedar diri dulu dan stop cakap yang bukan2...hihihi
Ok la...untuk entry kali nie Q nak share resepi yang simple2 je..dari tak tau nak share ape2, so Q try la yang paling ok untuk share ngan uolls semua nie...

Untuk start masak kena sediakan bahan2 dulu ye cik adik manis...kalau tak, entah ape jela yang yang krungg krangg krungg krangg kat dapur tu...(eh, bunyi masak camtu ea??) hihihi ntah la...Q main bedal je.. Ok, lets start cooking..

Bahan2 :
Daging (dihiris)
Bawang Holand @ besar (dihiris)
Bawang Putih ( dihiris)
Minyak Masak
Serbuk Kari
Serbuk Kunyit
Sos Tiram
Kicap Pekat Manis
Cili Api (3 biji & belah 2)
Garam
Air


Cara memasak :

Mula2 panaskan sedikit minyak..bila da panas, masukkan daging yang telah digaul bersama sedikit serbuk kunyit..Masak daging tu hingga air dari daging tu kering sedikit (jangan sampai garing pula ye)..lepas air da kering sikit, boleh la masukkan 1 sudu setengah serbuk kari dan sos tiram bersama kicap manis sekali..(ha masuk je semua tu sekali gus)..tambahkan sedikit air untuk bagi lauk tu berkuah sikit untuk digaul2kan.. Lepas tu boleh la masukkan garam secukup rasa..Dan untuk terakhir sekali masukkan bawang2 tadi dengan cili api tu..(org nesmilan nie memang pantang kalau tak rase pedas..asal boleh je semua pun nak ade cili) hihi
Q letak bawang tu last2 sebab tak nak bawang tu jadi layu sangat... Ok bile da rase semua ok, boleh la padamkan api tu dan sedia untuk dihidang...

ini la rupa Daging Goreng Berempah dari Puan Q...hihi  =)  (simple & takde hiasan)

Ok siap...tak tau la selera uolls camne kan..Q masak nie pun sebab da takde idea untuk masak daging yang simple2..so cube je dengan bahan yang sedia ade kat rumah..Tak payah nak turun pergi kedai..Al maklum la duduk rumah bertingkat2 nie memang masalah sikit bila nak ke kedai...hihih (bukan Q malas tau tapi ade sebab2 nye kenapa tak suka turun naik semata2 nak ke kedai) melainkan ade perkara yang mustahak...

Ok la ye...selamat mencuba dan selamat menjamu selera..
*nanti da cuba atau uolls ade ape2 yang nak share, boleh la bagitau ye..  =)





No comments:

Post a Comment