Tuesday 18 September 2012

Tegur + Nasihat = Sayang

Assalamualaikum...

Semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya.. Sebenarnya tak tahu macam mana nak mulakan stori nie..
Kadang kala ade terguran kita yang tak boleh diterima seseorang...Namun setiap nasihat @ teguran yang kita sampaikan itu untuk memberi kesedaran kepadanya..Sesungguhnya kita sayang akan dia, namun jika ade kesalahan atau kesilapan yang dilakukan perlu lah ditegur.. We r sibling.. Berselisih pendapat dan pandangan itu memang perkara biasa..sedangkan lidah lagi tergigit..Jadi, setiapc teguran yang diberikan tue, terima lah dengan fikiran dan cara yang positif.. Kami tegur sebab apa??? Sebab kami SAYANG kan kamu.

Angah tak tahu yang ko sedar atau pun tak...bahawa kitorang nie tegur dan nasihatkan ko sebab kitorang sayang..Kitorang nak ko jadi budak baik, bijak, pandai, soleh dan senangkan hati ibu...Tak nak jaga hati yang lain tak ape la..Tapi tolong jaga hati ibu..Faham penat lelah ibu kerja siang malam nak cari rezeki untuk besarkan kita adik-beradik..Kita bukan orang senang..Kita tak kaya harta benda...Tapi cube la kumpulkan kekayaan budi bahasa dan sifat yang mulia@baik2 aje..

Tak minta lebih pun..cuma perlu faham kenapa kitorang tegur..bukan nak marah..nak tengking-tengking..Kita cakap elok-elok..Jadi kena dengar elok-elok... Ape yang dilakukan sekarang untuk kegunaan masa depan juga..Bukan sekadar di dunia, malah di akhirat kelak...Siapa nak bantu kita , kalau diri sendiri tak ada usaha untuk berubah jadi yang lebih baik.. Tak salah nak berkawan tapi pilih lah kawan yang baik tingkah laku nya..Supaya sama-sama boleh belajar dan lakukan perkara yang berfaedah.. Cuba faham ye...

Setiap teguran itu bukan untuk menyalahkan ko seorang...Tapi untuk beri kesedaran kepada ko dan fikirkan balik kenapa kami cakap macam tu.  Setiap permintaan ko, tak pernah ibu tolak atau rungutkan..Tapi fikirlah baik2..Penat lelah ibu bekerja tu untuk bagi pelajaran pada ko..besarkan ko..Cube balas rasa penat lelah ibu tue dengan berita gembira yang mendatangkan senyum di wajah nya...Tak ke akan rasa lega bila tengok ibu senyum gembira..Ibu mana nak anaknya susah @ tak berjaya..Ibu mesti doakan yang baik2 untuk anak2 nya..Jadi, cube hargai segala pengorbanan ibu tu..Bagi hati ibu senang dan gembira..Ibu je yang kita (adik-beradik) nie ade depan mata sekarang.. Belajarlah elok-elok...dapat keputusan yang baik..boleh sambung belajar dan dapat kerja yang elok..Boleh tolong ibu..Tiba masa nya pula, kita nie sebagai anak yang jaga ibu dan bagi ibu rehat..  OK??

Angah tak tau nak cakap macam mana lagi dengan ko..Angah harap, ko jadi la adik @ anak yang berjaya di dunia dan akhirat...KAMI TEGUR@NASIHATKAN KAMU SEBAB KAMI SAYANG KAMU!!!
kita ibarat "air dicincang takkan putus"..jauh mana pun kita pergi dan berpisah, kita tetap darah daging yang sama..

we advise u bcoz we love u, Atiq..

**sori pic along takde lak..huhuhu kami hanya 3 beradik...



No comments:

Post a Comment