Thursday 27 December 2012

Ya Allah..Aku bermohon kepadaMu

Assalamualaikum..

Ya Allah...
Terima kasih atas segala rezeki dan kurniaan yang telah Engkau berikan kepada diriku dan juga seluruh ahli keluargaku..
Terima kasih kerana masih memberi peluang untuk aku bernafas dan menikmati hidup ini untuk sentiasa bertaubat dan beribadat kepadaMu..
Terima kasih juga kerana Engkau telah mengurniakan aku kedua ibubapa yang amat memahami...
Terima kasih juga kerana Engkau telah menemukan jodoh ku dengan suami yang sangat penyabar dan baik..
Terima kasih juga kerana telah mengurniakan aku seorang cahaya mata yang terindah buatku..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Sesungguhnya aku amat bersyukur dengan segala limpah kurnia yang telah Engkau berikan kepadaku..
Aku bermohon kepadaMu Ya Allah...
Berikan aku kesempatan untuk membahagiakan seluruh ahli keluarga ku, orang-orang sekeliling ku..
Moga-moga dengan sedikit keceriaan itu akan menjadi kenang-kenangan dalam hidup mereka..
Kau lindungilah mereka dari segala keburukan..Kau selamatkan mereka..
Kau jagalah diri dan hati mereka tika aku tiada untuk bersama mereka ketika itu..

Ya Allah...
Kau kurniakanlah kesihatan yang baik untuk ibubapa ku, ibubapa mertua ku, suami ku, anak-anak ku, dan seluruh darah daging keturunan ku..
Dan kau jadikan mereka semua penghuni Syurga Mu, Ya Allah..
Lindungilah kami...
Maaf dan ampunkan segala dosa-dosa yang telah kami lakukan..
Peliharalah lidah, mata, telinga, tangan dan seluruh anggota badan kami untuk sentiasa mendengar, melihat, dan melakukan perkara yang baik-baik hendaknya..
Dan jangan kau pesongkan hati kami ini untuk sentiasa beribadat ke jalan yang Kau redhai..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Kekalkan jodohku bersama suami ku yang tersayang..
Jauhkan kami dari perkara yang dapat memisahkan kami
Sungguhpun aku tahu jodoh pertemuan, hidup dan mati itu adalah ketentuan dariMu..
Limpahkanlah rasa kasih sayang antara kami dan cahaya kebahagiaan dalam rumahtangga kami..

Ya Allah..
Aku amat-amat menyayangi mereka semua..
Mereka amat bermakna dalam hidupku..
Sungguhpun aku tahu, mereka (termasuk aku) adalah milikMu yang kekal abadi..
Dan aku juga memaafkan mereka semua..
Ampun dan maaf dariku untuk segala salah dan silap yang telah aku lakukan...
Dari aku, insan biasa yang lahir ke dunia dengan izin dariMu..


~Amin Ya Rabbal Alamin~


No comments:

Post a Comment