Thursday, 25 July 2013

Zakat Fitrah

Assalamualaikum...

Menjelang Ramadhan dan berada di bulan Ramadhan nie semua muslimin dan muslimat mesti ingat tentang zakat kan??!!
Jangan ingat untuk persiapan raya je sampai lupa tanggungjawab untuk keluarkan zakat..
Kat sini Q kongsikan kadar zakat dan pengertian lain tentang zakat untuk pengetahuan kita semua..


Pengertian Zakat Fitrah.
~ Zakat fitrah ialah zakat diri yang telah difardhukan ke atas individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pengertian Zakat.
~ Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah :

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam uacapannya kepada orang ramai beliau berkata : Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata : aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim 

Kadar Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri.



Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5 :
  1. Waktu Wajib
    Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. Waktu Paling Afdal
    Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. Waktu Sunat
    Sepanjang bulan Ramadhan
  4. Waktu Makruh
    Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  5. Waktu Haram
    Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.






Ok..jangan lupa bayar zakat ye kawan-kawan... Ini serba sedikit perkongsian dari Q..
Selamat menunaikan tanggungjawab kita semua..
Salam Ramadhan Mubarak..

*sumber dari Lembaga Zakat Selangor.


Thank you for reading this entry !

2 comments:

  1. wah perkongsian yang baik..heeee... =D

    salam perkenalan =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...perkara yang baik lebih elok dikongsi bersama kan?? heee :D
      Salam Perkenalan :D
      done follow ur blog..

      Delete