Thursday, 25 July 2013

Zakat Fitrah

Assalamualaikum...

Menjelang Ramadhan dan berada di bulan Ramadhan nie semua muslimin dan muslimat mesti ingat tentang zakat kan??!!
Jangan ingat untuk persiapan raya je sampai lupa tanggungjawab untuk keluarkan zakat..
Kat sini Q kongsikan kadar zakat dan pengertian lain tentang zakat untuk pengetahuan kita semua..


Pengertian Zakat Fitrah.
~ Zakat fitrah ialah zakat diri yang telah difardhukan ke atas individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pengertian Zakat.
~ Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah :

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam uacapannya kepada orang ramai beliau berkata : Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata : aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim 

Kadar Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri.



Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5 :
  1. Waktu Wajib
    Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. Waktu Paling Afdal
    Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. Waktu Sunat
    Sepanjang bulan Ramadhan
  4. Waktu Makruh
    Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  5. Waktu Haram
    Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.






Ok..jangan lupa bayar zakat ye kawan-kawan... Ini serba sedikit perkongsian dari Q..
Selamat menunaikan tanggungjawab kita semua..
Salam Ramadhan Mubarak..

*sumber dari Lembaga Zakat Selangor.


Thank you for reading this entry !

Iftar & Celebrated birthday

Assalamualaikum...

Firstly Q nak cakap Alhamdulillah kerana masih berkesempatan bertemu Ramadhan untuk tahun ini.. Syukur sangat dan sekarang dah berada di tengah-tengah bulan Ramadhan ( 16 Ramadhan)..

Untuk stori kali ni Q nak celebrated besday encik suami.. Disebabkan puasa so, kitorang jadikan masa berbuka lah untuk celebrated.. Padahal takde lah meriah mane pun sambutan.. Kami 3 beranak je.. 

Mulanya cadang nak book untuk weekend sebab banyak sikit mase.. Tapi encik suami nie da teruja sangat sebab isteri nak belanja pergi makan kan.. So kitorang pun pergi la pada hari 'kejadian' tu juga..

22 Julai 2013 / 13 Ramadhan
Iftar di Summit Hotel, USJ Subang..


Gelagat anak dara masa ni, asyik makan ais je.. Jenuh nak suruh makan yang lain-lain.. Dah last2 baru la nak makan.. Tu pun makan ikan goreng dan nasi (siap nak kena bodek dan puji2 dulu untuk bagi dia makan)  Alahai anak ibu ni..

Alhamdulillah.. Selesailah hajat nak sambut besday husband walaupun dengan bawa pergi makan je.. Takde kek pun.. Hihi apa2 pun husband suka..

Ok, sampai sini dulu..

Thanks you for reading this entry !