Sunday, 27 October 2013

BFF Wedding

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Q nak ucapkan Alhamdulillah dan tahniah buat sahabat tersayang, Nur Fazila dan pilihan hatinya Azlan yang telah selamat diijabkabulkan pada 26 Oktober 2013 (Sabtu).. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannah serta dimurahkan rezeki..aamiin..

Kalau uolls nak tau Fazila (azie) ni kawan dari zaman sekolah lagi..Alhamdulillah hingga ke hari ini ukhwah kami masih kekal bersama..Untuk dikongsikan juga cerita cinta mereka yang sejak dari zaman sekolah..Dan Q lah merupakan orang yang jadi bodyguard bila mereka keluar dating dulu-dulu...Oopppsss
Bukan apa daripada datang yang ke 3 lagi satu tu, lebih baik Q yang jadi penyelamat sikit masa tu lah kan..hihihi

Harap-harap pengantin tak marah la ye.. I dah story kat sini pula love story diorang.. Tapi dari situ lah cinta mereka kekal hingga ke hari ini.. Alhamdulillah.. Allah kekalkan jodoh mereka hingga diijabkabulkan dan berharap ia berkekalan hingga ke Jannah.. Dalam masa lamanya bercinta tu, jangan sangka tiada dugaan menerpa.. Hanya mereka yang mengalami dan menghadapinya saja yang tahu.. Berkat kesabaran, ketabahan hati dan dengan izin dari Nya segala perancangan menjadi nyata...

Alhamdulillah...
Terima kasih Ya Allah..
Kau satukanlah kami (suami isteri) dan sinari kehidupan kami dengan hidayah dan kebahagiaan dariMu serta Kau murahkan rezeki kami (termasuklah hadirnya cahaya mata yang soleh dan solehah) dalam keluarga ini..aamiin...

::selamat pengantin baru azie&azlan::
♥♥

Monday, 21 October 2013

Tuhan Berikan Aku Cinta

Walau aku senyum bukan bererti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Dijiwa ini hampa

Ku bertemu sang Adam disimpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cubaan hidup
Seakan aku hina

**Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temani ku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang Mu
Biarkanlah aku punya cinta..

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal Mu
Tuhan...beri aku cinta


Monday, 14 October 2013

Niat Puasa Hari Arafah

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum...
Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim). 
Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullahﷺ ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).
Rasulullah ﷺ juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”...
Hak Puasa Arafah Di Mana Saja
Dalam Ibadah Haji pelaksanaannya menurut tempat dan ketetapan waktunya, iaitu pada tarikh 9 Zulhijjah semua jemaah haji diwajibkanberwukuf atau berada di Padang Arafah. Dalam ibadah puasa pula waktu pelaksanaannya adalah mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Maka bagi umat Muslim yang tdk mengerjakan ibadah haji mempunyai tarikh yang sama 9 Zulhijjah seharusnya malah disunnahkan berpuasa walau di mana saja mereka berada di muka bumi ini.
Ianya tidak terikat dengan kedudukan geografi politik, ketika jemaah haji wukuf di Arafah, kita puasa Arafah, walaupun kita di Malaysia berbeza sehingga 5 jam, yang terpenting harinya. Kerana apabila kita puasa pada hari berikutnya, maka jama’ah haji sudah tidak lagi berada di Arafah, sehingga tidak boleh dikatakan puasa Arafah.

Sunday, 13 October 2013

Aidiladha & KTM komuter

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum...
Sebelum terlupa Q nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua saudara-saudara ku. Mungkin ada yang dah mula pulang ke kampung halaman dan ada yang terpaksa bekerja sebab tak dapat cuti..
Takpelah..bekerja pun da kira berkorban..hihi
Ramai lah buat majlis aqiqah atau qurban masa ni..tak ketinggalan juga yang nak mendirikan rumahtangga..
Moga selamat semua untuk segala perancangan yang telah diaturkan..
Kat sini juga Q nak kongsikan cerita tentang ladies coach yang telah disediakan oleh KTM komuter untuk pengguna wanita... Q da lama tak naik komuter..so bila naik coach tu rasa safe la..tapi lain pula rasanya..Q rasa hairan sebab perkara tu macam tak menjadikan apa-apa...Nak tau kenapa??? Sebab ada jantina lain dalam tu... bukan seorang tau...cuma Q tak dapat nak tangkap semua orang tu..huhu
Bila golongan kami ni tengok mereka, mereka boleh buat tak tau je.. Tak nampak sign sticker tu atau tak boleh baca??
Entah lah..
**biar gambar ceritakan semua...