Thursday, 27 December 2012

Ya Allah..Aku bermohon kepadaMu

Assalamualaikum..

Ya Allah...
Terima kasih atas segala rezeki dan kurniaan yang telah Engkau berikan kepada diriku dan juga seluruh ahli keluargaku..
Terima kasih kerana masih memberi peluang untuk aku bernafas dan menikmati hidup ini untuk sentiasa bertaubat dan beribadat kepadaMu..
Terima kasih juga kerana Engkau telah mengurniakan aku kedua ibubapa yang amat memahami...
Terima kasih juga kerana Engkau telah menemukan jodoh ku dengan suami yang sangat penyabar dan baik..
Terima kasih juga kerana telah mengurniakan aku seorang cahaya mata yang terindah buatku..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Sesungguhnya aku amat bersyukur dengan segala limpah kurnia yang telah Engkau berikan kepadaku..
Aku bermohon kepadaMu Ya Allah...
Berikan aku kesempatan untuk membahagiakan seluruh ahli keluarga ku, orang-orang sekeliling ku..
Moga-moga dengan sedikit keceriaan itu akan menjadi kenang-kenangan dalam hidup mereka..
Kau lindungilah mereka dari segala keburukan..Kau selamatkan mereka..
Kau jagalah diri dan hati mereka tika aku tiada untuk bersama mereka ketika itu..

Ya Allah...
Kau kurniakanlah kesihatan yang baik untuk ibubapa ku, ibubapa mertua ku, suami ku, anak-anak ku, dan seluruh darah daging keturunan ku..
Dan kau jadikan mereka semua penghuni Syurga Mu, Ya Allah..
Lindungilah kami...
Maaf dan ampunkan segala dosa-dosa yang telah kami lakukan..
Peliharalah lidah, mata, telinga, tangan dan seluruh anggota badan kami untuk sentiasa mendengar, melihat, dan melakukan perkara yang baik-baik hendaknya..
Dan jangan kau pesongkan hati kami ini untuk sentiasa beribadat ke jalan yang Kau redhai..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Kekalkan jodohku bersama suami ku yang tersayang..
Jauhkan kami dari perkara yang dapat memisahkan kami
Sungguhpun aku tahu jodoh pertemuan, hidup dan mati itu adalah ketentuan dariMu..
Limpahkanlah rasa kasih sayang antara kami dan cahaya kebahagiaan dalam rumahtangga kami..

Ya Allah..
Aku amat-amat menyayangi mereka semua..
Mereka amat bermakna dalam hidupku..
Sungguhpun aku tahu, mereka (termasuk aku) adalah milikMu yang kekal abadi..
Dan aku juga memaafkan mereka semua..
Ampun dan maaf dariku untuk segala salah dan silap yang telah aku lakukan...
Dari aku, insan biasa yang lahir ke dunia dengan izin dariMu..


~Amin Ya Rabbal Alamin~


Monday, 10 December 2012

Loving Everlasting

Bismillahirrahmanirahim...
Assalamualaikum...

Selepas seminggu hari kejadian, baru la Que sempat nak update blog yang tak seberapa nie..
Sebenarnya, klau ikutkan hati nie memang da meronta-ronta nak stori kat uolls sume..agak-agak uolls tau tak stori ape nie??cer teka..cer teka...hahahaha

Seperti biasa la kan..musim cuti sekolah nie, macam2 kenduri kendara ada...yang nak bertunang la, yang nak kahwin la..yang nak berkhatan la...macam-macam lagi la kan...Tambah-tambah kalu 'retis' punya wedding...ha tak gempak pulak....wedding of the year gitu...Ok la...sebelum Que merepek lebih-lebih, baik stop dulu...(kang ade lak yang menyampah nak baca) huhuhuh   (sedih)

Que nak ucapkan alhamdulillah dan tahniah pada kawan tersayang nie...Puan Maryam Abdul Rahman yang telah selamat di ijabkabulkan dan telah sah bergelar isteri kepada...suami nya lah, En. Mohd Zairy pada 1 Disember 2012...Que tak attend majlis nikah tu sebab baby kurang sihat...tapi ape2 pun, Que mesti hadirkan diri ke majlis resepsi beliau yang diadakan di Dewan Banquet UPM, Bangi pada 2 Disember 2012... Punya la besar kawasan UPM tu, sampai tak tau mana 1 lorong yang nak pergi..ape2 pun, alhamdulillah Que selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan kecekapan en.suami tersayang..hehehe TQ abang..

Sampai je kat dewan, Que & suami disambut oleh mama & walid Maryam..rasenye ade je ahli keluarga yang lain tapi Que tak kenal..penyambut tetamunya pun semua ayu2 gitu..gadis2, akak2 yang cantik2..
Yang paling banyak dapat tumpuan ialah si kecik molek anakanda tersayang nie..ramai yang tegur2 dia.
Yela, da bergaya dengan skirt dan hairband berbunga 2kuntum tu, mane tak nye.warna pun ikut tema pengantin..hehehe

2/12/12 Maryam & Zairy

Kalau nak tau, perasaan Que mase kat majlis tu punya la xcited yang teramat sangat..rasa touching pun ade..Yela, selama nie tak tau pun kawan nie da bertunang dan tetibe nak kahwin pulak..Apa2 pun, tue semua da takdir dan jodoh yang telah Allah S.W.T yang tentukan..Que tumpang gembira...  ;)
huhu ok lah..sampai dalam dewan, Que cari kot2 jumpa kawan2 yang lain tapi tak nampak.. sampailah Que ajak suami g kat table depan sikit, baru jumpa Rabi & family..tak lame lepas ambil makanan & makan, pengantin pun tiba..(lepas solat Zuhur)..mase tu Que memang tengah makan..memang tak sempat nak capai kamera untuk snap pic Maryam... nasib baik la suami da abis makan..Que pun minta tolong suami snap kan pic pengantin.. Pengantin pun duk la kat pelamin kejap (macam buat syarat je) pastu turun untuk makan..masa makan beradab tu, ada la selingan video kisah2 @ detik mereka kenal..dan untuk tetamu kenal pengantin lagi, ade la diselitkan gambar/cerita masa kecik sampai la sekarang... sangat sangat enjoy tengok video tu..

Selesai je semua tu, Que tunggu la cik puan nie abis makan sebab nak ambil gambar kenang-kenangan..
Al maklum lah, bukan selalu pun dapat jumpa pengantin yang cantik nie..lagi pun baby da bosan duduk lame2..hehehe
Alhamdulillah..selamat da kawan tersayang nie jadi isteri dan menjalani alam rumahtangga..
Semoga berkekalan hingga ke Jannah..Semoga berbahagia..Semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan cahaya mata yang soleh/solehah.. amin...

**love u lillah, Maryam..