Thursday, 27 December 2012

Ya Allah..Aku bermohon kepadaMu

Assalamualaikum..

Ya Allah...
Terima kasih atas segala rezeki dan kurniaan yang telah Engkau berikan kepada diriku dan juga seluruh ahli keluargaku..
Terima kasih kerana masih memberi peluang untuk aku bernafas dan menikmati hidup ini untuk sentiasa bertaubat dan beribadat kepadaMu..
Terima kasih juga kerana Engkau telah mengurniakan aku kedua ibubapa yang amat memahami...
Terima kasih juga kerana Engkau telah menemukan jodoh ku dengan suami yang sangat penyabar dan baik..
Terima kasih juga kerana telah mengurniakan aku seorang cahaya mata yang terindah buatku..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Sesungguhnya aku amat bersyukur dengan segala limpah kurnia yang telah Engkau berikan kepadaku..
Aku bermohon kepadaMu Ya Allah...
Berikan aku kesempatan untuk membahagiakan seluruh ahli keluarga ku, orang-orang sekeliling ku..
Moga-moga dengan sedikit keceriaan itu akan menjadi kenang-kenangan dalam hidup mereka..
Kau lindungilah mereka dari segala keburukan..Kau selamatkan mereka..
Kau jagalah diri dan hati mereka tika aku tiada untuk bersama mereka ketika itu..

Ya Allah...
Kau kurniakanlah kesihatan yang baik untuk ibubapa ku, ibubapa mertua ku, suami ku, anak-anak ku, dan seluruh darah daging keturunan ku..
Dan kau jadikan mereka semua penghuni Syurga Mu, Ya Allah..
Lindungilah kami...
Maaf dan ampunkan segala dosa-dosa yang telah kami lakukan..
Peliharalah lidah, mata, telinga, tangan dan seluruh anggota badan kami untuk sentiasa mendengar, melihat, dan melakukan perkara yang baik-baik hendaknya..
Dan jangan kau pesongkan hati kami ini untuk sentiasa beribadat ke jalan yang Kau redhai..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Kekalkan jodohku bersama suami ku yang tersayang..
Jauhkan kami dari perkara yang dapat memisahkan kami
Sungguhpun aku tahu jodoh pertemuan, hidup dan mati itu adalah ketentuan dariMu..
Limpahkanlah rasa kasih sayang antara kami dan cahaya kebahagiaan dalam rumahtangga kami..

Ya Allah..
Aku amat-amat menyayangi mereka semua..
Mereka amat bermakna dalam hidupku..
Sungguhpun aku tahu, mereka (termasuk aku) adalah milikMu yang kekal abadi..
Dan aku juga memaafkan mereka semua..
Ampun dan maaf dariku untuk segala salah dan silap yang telah aku lakukan...
Dari aku, insan biasa yang lahir ke dunia dengan izin dariMu..


~Amin Ya Rabbal Alamin~


Monday, 10 December 2012

Loving Everlasting

Bismillahirrahmanirahim...
Assalamualaikum...

Selepas seminggu hari kejadian, baru la Que sempat nak update blog yang tak seberapa nie..
Sebenarnya, klau ikutkan hati nie memang da meronta-ronta nak stori kat uolls sume..agak-agak uolls tau tak stori ape nie??cer teka..cer teka...hahahaha

Seperti biasa la kan..musim cuti sekolah nie, macam2 kenduri kendara ada...yang nak bertunang la, yang nak kahwin la..yang nak berkhatan la...macam-macam lagi la kan...Tambah-tambah kalu 'retis' punya wedding...ha tak gempak pulak....wedding of the year gitu...Ok la...sebelum Que merepek lebih-lebih, baik stop dulu...(kang ade lak yang menyampah nak baca) huhuhuh   (sedih)

Que nak ucapkan alhamdulillah dan tahniah pada kawan tersayang nie...Puan Maryam Abdul Rahman yang telah selamat di ijabkabulkan dan telah sah bergelar isteri kepada...suami nya lah, En. Mohd Zairy pada 1 Disember 2012...Que tak attend majlis nikah tu sebab baby kurang sihat...tapi ape2 pun, Que mesti hadirkan diri ke majlis resepsi beliau yang diadakan di Dewan Banquet UPM, Bangi pada 2 Disember 2012... Punya la besar kawasan UPM tu, sampai tak tau mana 1 lorong yang nak pergi..ape2 pun, alhamdulillah Que selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan kecekapan en.suami tersayang..hehehe TQ abang..

Sampai je kat dewan, Que & suami disambut oleh mama & walid Maryam..rasenye ade je ahli keluarga yang lain tapi Que tak kenal..penyambut tetamunya pun semua ayu2 gitu..gadis2, akak2 yang cantik2..
Yang paling banyak dapat tumpuan ialah si kecik molek anakanda tersayang nie..ramai yang tegur2 dia.
Yela, da bergaya dengan skirt dan hairband berbunga 2kuntum tu, mane tak nye.warna pun ikut tema pengantin..hehehe

2/12/12 Maryam & Zairy

Kalau nak tau, perasaan Que mase kat majlis tu punya la xcited yang teramat sangat..rasa touching pun ade..Yela, selama nie tak tau pun kawan nie da bertunang dan tetibe nak kahwin pulak..Apa2 pun, tue semua da takdir dan jodoh yang telah Allah S.W.T yang tentukan..Que tumpang gembira...  ;)
huhu ok lah..sampai dalam dewan, Que cari kot2 jumpa kawan2 yang lain tapi tak nampak.. sampailah Que ajak suami g kat table depan sikit, baru jumpa Rabi & family..tak lame lepas ambil makanan & makan, pengantin pun tiba..(lepas solat Zuhur)..mase tu Que memang tengah makan..memang tak sempat nak capai kamera untuk snap pic Maryam... nasib baik la suami da abis makan..Que pun minta tolong suami snap kan pic pengantin.. Pengantin pun duk la kat pelamin kejap (macam buat syarat je) pastu turun untuk makan..masa makan beradab tu, ada la selingan video kisah2 @ detik mereka kenal..dan untuk tetamu kenal pengantin lagi, ade la diselitkan gambar/cerita masa kecik sampai la sekarang... sangat sangat enjoy tengok video tu..

Selesai je semua tu, Que tunggu la cik puan nie abis makan sebab nak ambil gambar kenang-kenangan..
Al maklum lah, bukan selalu pun dapat jumpa pengantin yang cantik nie..lagi pun baby da bosan duduk lame2..hehehe
Alhamdulillah..selamat da kawan tersayang nie jadi isteri dan menjalani alam rumahtangga..
Semoga berkekalan hingga ke Jannah..Semoga berbahagia..Semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan cahaya mata yang soleh/solehah.. amin...

**love u lillah, Maryam..

Thursday, 29 November 2012

Bertudung @ Aurat

Assalamualaikum...

First of all...what i'm just thinking rite now is about "pakai tudung @ tutup aurat"..
Alhamdulillah...makin hari, makin ramai yang mula berubah ke arah yang lebih baik...
Sama ada dari tingkahlaku, percakapan @ gaya2 berfesyen nie...
Biasanya perkara nie lebih ke arah wanita la kan...dari yang free hair dah pakai tudung..dari yang seksi2 da pakai pakaian yang sopan..

Cuma tertanya2 apakah fahaman orang kita sekarang bila bercakap pasal bertudung @ tutup aurat.??
Mana 1 lebih penting dan perlu diutamakan.?? Bagi Q, yang lebih utama ialah menutup aurat... bukan bermaksud bertudung tu tak penting..cuma cara pemakaian tudung @ berpakaian tu amatlah memainkan peranan yang sangat penting...Q juga tidak sempurna..tapi sentiasa dan sedang berusaha untuk jadi yang lebih baik dari sebelum2nya...dan Q juga amat suka bila berfesyen..cuma tidaklah keterlaluan..
Q berfesyen @ bergaya mengikut kesesuaian dan keselesaan diri..buat apalah nak bergaya sangat2 sampai menyeksa diri...nanti akan buat kita rasa tak selesa dan kurang berkeyakinan...kan....?? betul tak??
(sori la kalau tak betul...tegur saya jika saya salah)  ;)

Q sangat2 seronok sebab tengok ramai yang da mula berhijab..macam2 gaya ade..
Cuma cara bertudung tu kadang2 buat orang sekeliling tak faham...
Ada di antaranya pakai tudung di tempat kerja tapi bila keluar jalan2 mase bercuti tak pakai tudung..
Ada juga yang bertudung dengan gaya yang tudung nya hanya di kepala (menutup rambut) leher terdedah..
Ada juga yang bertudung elok tapi tudungnya singkat (tak tutup bahagian dada)..
Ada juga yang bertudung cantik tapi dibahagian lehernya di pin kan sehingga menampakkan bentuk lehernya.
Ada juga yang bertudung tutup dada tapi lengan baju nya singkat sampai siku..
Ada juga yang bertudung labuh tapi baju/seluarnya ketat..
dan macam2 lagi la kesalahan yang kita kaum hawa lakukan..sama ada perasan atau tak...


Masya Alah....sedar tak sedar, perkara kecil2 nie la yang sering dipandang remeh...
Q juga masih belajar untuk jadi yang lebih baik...masih berusaha jadi muslimah yang mempunyai ciri-ciri yang lengkap..apa jua fesyen yang ada sekarang nie masih boleh digayakan tapi yang penting ianya mesti mengikut syariat..Moga2 kaum hawa semua boleh menjadi bidadari di Syurga Nya nanti..yang amat indah dalam bayangan Q.. Semoga kita semua memperoleh hidayah dan mendapat rahmat dariNya agar lebih faham tentang sesuatu perkara yang kita lakukan..Fahamilah apa maksud sebenar sesuatu perkara itu mengikut syariat Islam..


~berfikirlah sebaik-baiknya..segalanya terpulang kepada kita untuk menentukan sesuatu keputusan..


**akhir sekali, Q nak ucapkan terima kasih pada semua kawan-kawan yang sehingga ke hari ini menerima dan suka dengan cara Q mengayakan tudung2..yang Q nak pertahankan ialah ianya pakaian longgar dan menutup dada..InsyaAllah.
Oh ya..ramai yang minta Q buat tutorial tapi Q belum berkesempatan nak buat...InsyaAllah, ade mase terluang nanti Q akan penuhi permintaan tu ye..Tq 4 all ur support..


Wednesday, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Assalamualaikum wbt..

Simple update..juz want to remind myself & uolls..

Minggu nie cuti berselang seli dengan kerja..hari isnin kerja, selasa cuti, rabu kerja, khamis cuti & jumaat kerja..Untuk yang keje government memang cuti la pada hari tue..Selasa Hepi Devali..
Esok, Khamis Awal Muharram..Bermula la tahun baru dalam Islam..Dah tentu ramai yang akan ingat New Year tapi tak kebanyakkan yang ingat tentang tahun baru Islam.. Sedih nya rasa  :(
Que pun masih kurang arif dan peka tentang nie..InsyaAllah dengan perkongsian & mencari ilmu nie, kita sama-sama boleh perbaiki diri@kelemahan ini untuk jadi yang lebih baik dari sekarang..InsyaAllah..


Jadi untuk peringatan kita semua (yg beragama Islam) amalkanlah doa akhir tahun & awal tahun nie ye..



Semoga kita semua sentiasa dalam limpahan rahmat dariNya...Amin...Amin Ya Rabbal Alamin..InsyaAllah..





Pada yang bercuti panjang tu, semoga cuti ini dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat..
Mungkin juga ade yang bawa anak-anak bercuti...al-maklum la, sekarang nie cuti sekolah kan..
So, have a nice day..hepi holiday uolls..



**Salam Maal Hijrah dari saya..
~Cahaya Penyejuk Mata~



Monday, 8 October 2012

Wedding Day...

Assalamualaikum my dear friends...

Yesterday i was attend my friend Big Day...Congratulations Farah Amalina & her Husband (Izwan)..Semoga kamu berdua berbahagia dengan pilihan untuk mendirikan rumahtangga nie..Sekarang status da berubah dari awek@pakwe ke Suami Isteri...Selamat menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin..Lepas nie kena tunaikan amanah yang Allah da berikan pada kalian berdua...Que pun masih baru dalam alam berumahtangga nie..Tapi kita boleh share la kan..Ade ape2 masalah, bawa2 berbincang ye..Mungkin awal-awal permulaan hidup sebagai suami isteri nie ade yang tak kena..Yelah kan, masing2 masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing kan..so.......Selamat berkenalan dan berbahagia ..Sekarang ikatan dah Sah..so, buat ape2 yang baik sume dapat pahala...Seronok kan... Anyway Que Doakan Farah & Izwan berbahagia, berkekalan hingga ke Jannah...Semoga dikurniakan cahaya mata secepat mungkin dan rezeki yang melimpah ruah..  heeeeeee ;)


Doa Buat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru
Jadilah Suami Isteri yang dalam Rahmat NYA
Hantaran Kedua-dua Pihak


Lepas je attend wedding Farah, Que n husband pun terus gerak balik KL..hepi tengok makin hari makin ramai kawan-kawan yang nak dirikan masjid..Semoga jodoh yang ada sekarang nie berkekalan hingga ke Jannah...Sebagai isteri, kita kena pandai jaga maruah diri, keluarga dan suami..Semoga jadi isteri yang solehah dan patuh pada perintahNya..Amin...(untuk peringatan diri sendiri juga nie)

**Semoga berbahagia...

Thursday, 20 September 2012

Dagang Avenue

Assalamualaikum...

Selamat pagi kawan-kawan Que..how ur day??? hope sume ok ye..semoga sihat-sihat belaka hendakNya..
Al-maklum lah sekarang cuaca tak berapa nak ok..Pagi tadi kluar g keje, tengok jerebu teruk sangat..Que pun sekarang nie tak berapa sihat..selesema dan sakit tekak..Baby pun selesema tak elok-elok lagi...So, uolls jaga diri baik-baik ye..Kalau da tau badan tak sihat, cepat-cepat la makan ubat ye..
Hehehehe  =) ok itu mukadiQue pagi-pagi nie..kihkihkih

Sebenarnya Que nak stori pasal semalam..Malam semalam Que, husband, baby & kawan-kawan hubby g makan kat Taman Dagang Avenue, Ampang..Asalnye tujuan ke sane sebab hubby Que nak jenguk kawan nye yang ade kedai makan kt sane dan nak rasa la makanannye sebab tengok gambar je dah 'mengiurkan' selera nie ha..Tapi takde rezeki pulak...Sampai je sane, tutup pulak kedainya..Tak dapat la we'olls nak merasa kelazatan makanan tu...So kami makan la makanan western kat kedai lain..


nie la nama kedai tu..tapi semalam tutup..


Sementara tunggu makanan western dari kedai lain tu sampai, Que pun bawa la baby jalan-jalan dulu kat kawasan tue sebab baby da bosan duduk..Lagipun baby tak selesa sebab panas (takde aircond)...hehehe
Mase jalan-jalan tu nampak la stall yang ala2 japan, yang siap ade tanglung merah tu...ehehe tengok punya tengok, nampak la nama TAKO...terus Que teringat yang kawan Que (annis) penah ajak g makan benda nie...Tapi masa tue memang tak tahu langsung ape benda TAKO tu..so, Que pergi la kat hubby then tell him bout this...so, we'olls pun try la..We'olls beli 6biji = RM6.00 & pilih 2 Ebiyaki (udang), 2 Toriyaki (ayam) & 2 Tamago cheese (telur dan keju)...hehehe kalau ikut selera Que, ermmm boleh la..sebab first time try kan..Tekak orang melayu..dulu g Jepun pun tengok-tengok gak makanan yang leh NGAM ngan tekak nie..hehehe kalau uolls rasa nak try, boleh la ke sane ye..mane la tau kena pulak ngan selera uolls..

ha....nie la rupa TAKO...  =)heeee

Dan sepanjang jalan-jalan ngan baby tu Que nampak lagi makanan yang memang nak try dan tercari-cari selama nie...Nak tahu ape??? Haaaaaaaa nie la dia...BURGER BAKAR...Tapi we'olls tak order la...sebab da kekenyangan..Masing-masing da makan chicken chop dan Tako...so, da tak larat lagi da..Kat bawah nie antara menu nya..Next time la we'olls try...Nak meletup da perut nie..heehehehe








Da lepas makan-makan tu, we'olls pun balik ler ke rumah..Alhamdulillah memang kenyang...Syukur sangat dengan rezeki dan nikmat yang Allah SWT berikan nie..Thanks hubby sebab bawa jalan-jalan makan-makan kat luar nie...Baby pun teruja & xcited je dapat jalan-jalan time malam-malam nie..Dia pun makan banyak..Da pandai nak pegang makanan & makan sendiri..(huhuhu tak sempat nak snap pic semalam) ape-ape pun we'olls memang enjoy sangat..

Kalau uolls nak try, boleh la ke sane ye..Dagang Avenue Food Court...macam-macam ada...hehehehe 
Oooohhh ye...nak bagitau nie..Air buah kat sane pun leh tahan gak..gelas biase RM4, gelas besar RM6..memang terbaik la...ok la ye..Sampai sini dulu Que berceloteh..InsyaAllah panjang umur kita bertemu lagi disini...

~Daaaaaaa~  =)

Tuesday, 18 September 2012

Tegur + Nasihat = Sayang

Assalamualaikum...

Semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya.. Sebenarnya tak tahu macam mana nak mulakan stori nie..
Kadang kala ade terguran kita yang tak boleh diterima seseorang...Namun setiap nasihat @ teguran yang kita sampaikan itu untuk memberi kesedaran kepadanya..Sesungguhnya kita sayang akan dia, namun jika ade kesalahan atau kesilapan yang dilakukan perlu lah ditegur.. We r sibling.. Berselisih pendapat dan pandangan itu memang perkara biasa..sedangkan lidah lagi tergigit..Jadi, setiapc teguran yang diberikan tue, terima lah dengan fikiran dan cara yang positif.. Kami tegur sebab apa??? Sebab kami SAYANG kan kamu.

Angah tak tahu yang ko sedar atau pun tak...bahawa kitorang nie tegur dan nasihatkan ko sebab kitorang sayang..Kitorang nak ko jadi budak baik, bijak, pandai, soleh dan senangkan hati ibu...Tak nak jaga hati yang lain tak ape la..Tapi tolong jaga hati ibu..Faham penat lelah ibu kerja siang malam nak cari rezeki untuk besarkan kita adik-beradik..Kita bukan orang senang..Kita tak kaya harta benda...Tapi cube la kumpulkan kekayaan budi bahasa dan sifat yang mulia@baik2 aje..

Tak minta lebih pun..cuma perlu faham kenapa kitorang tegur..bukan nak marah..nak tengking-tengking..Kita cakap elok-elok..Jadi kena dengar elok-elok... Ape yang dilakukan sekarang untuk kegunaan masa depan juga..Bukan sekadar di dunia, malah di akhirat kelak...Siapa nak bantu kita , kalau diri sendiri tak ada usaha untuk berubah jadi yang lebih baik.. Tak salah nak berkawan tapi pilih lah kawan yang baik tingkah laku nya..Supaya sama-sama boleh belajar dan lakukan perkara yang berfaedah.. Cuba faham ye...

Setiap teguran itu bukan untuk menyalahkan ko seorang...Tapi untuk beri kesedaran kepada ko dan fikirkan balik kenapa kami cakap macam tu.  Setiap permintaan ko, tak pernah ibu tolak atau rungutkan..Tapi fikirlah baik2..Penat lelah ibu bekerja tu untuk bagi pelajaran pada ko..besarkan ko..Cube balas rasa penat lelah ibu tue dengan berita gembira yang mendatangkan senyum di wajah nya...Tak ke akan rasa lega bila tengok ibu senyum gembira..Ibu mana nak anaknya susah @ tak berjaya..Ibu mesti doakan yang baik2 untuk anak2 nya..Jadi, cube hargai segala pengorbanan ibu tu..Bagi hati ibu senang dan gembira..Ibu je yang kita (adik-beradik) nie ade depan mata sekarang.. Belajarlah elok-elok...dapat keputusan yang baik..boleh sambung belajar dan dapat kerja yang elok..Boleh tolong ibu..Tiba masa nya pula, kita nie sebagai anak yang jaga ibu dan bagi ibu rehat..  OK??

Angah tak tau nak cakap macam mana lagi dengan ko..Angah harap, ko jadi la adik @ anak yang berjaya di dunia dan akhirat...KAMI TEGUR@NASIHATKAN KAMU SEBAB KAMI SAYANG KAMU!!!
kita ibarat "air dicincang takkan putus"..jauh mana pun kita pergi dan berpisah, kita tetap darah daging yang sama..

we advise u bcoz we love u, Atiq..

**sori pic along takde lak..huhuhu kami hanya 3 beradik...



Sunday, 16 September 2012

Isteri Yang Solehah

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Dirumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan 
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yg beri dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan



*semoga Que jadi isteri yang solehah buat suami Que dan pada kawan-kawan @ kaum hawa yang lain yang sudah bergelar isteri mahupun yang bakal mendirikan rumahtangga, Que doakan agar kita semua menjadi isteri yang solehah buat suami masing-masing dan srikandi Islam..InsyaAllah..amin..



Wednesday, 12 September 2012

My Weekend

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua muslimin dan muslimat..(masih sempat lagi nak wish raya)..Sori la ye sebab da sebulan Que biarkan blog nie 'basi'..hehehe tak bekesempatan nak update..Agak-agaknya ada lagi tak yang dalam mood raya & ada kan majlis openhouse + bertunang + kahwin dan macam-macam lagi.??  Yela kan, senang buat majlis time2 macam nie sebab ramai yg cuti..so boleh la attend tue sume kan.. Ok la..nie mukadiQue yg melalut sebelum kita ke topik yang sebenar...hehehe =)

Kalau uolls nak tau, weekends lepas memang Que bz meng'attend'kan diri ke workshop2 tertentu...(bukan workshop kereta/motor tau) hehehe...lawak tak...lawak tak...ala gelak je kejap..haha (perasan sengal)


8hb. Sept. 2012 (Sabtu)
*Workshop Sunsilk Clean & Fresh "Hijabku, Gayaku Workshop"
Que hadirkan diri sebab terpilih dalam top 10 contest Sunsilk Fasa 1..best sesangat g event nie..dapat macam2 info dan dapat kawan baru..seronok sangat..Berkesempatan juga lah berkenalan dengan Gadis2 Scarflet..Diorg mmg happening & friendly..best..ok la..uolls boleh layan pic kat bawah nie mase event tu..


class pun bermula


 Gadis2 scarflet & hijab style


 with Gadis Scarflet, Teh Syuhada & Bambang Suteto


 Door gift from Sunsilk

Hah...tue la antara aktiviti yang ade mase event tu...best kan. Que suka event2 nie, lebih2 lagi boleh dapat ramai kenalan muslimah yang baru..seronok sangat..Ok, next event yg Que attend ialah......


9hb. sept. 2012 (Ahad)
*Seminar Muslimah Mithali (SEMUSIM)
Que berminat sangat2 untuk attend seminar macam nie..sebab sebelum nie Que da terlepas 1 event (Bidadari Dunia)..tue pun Que dapat tengok kat Youtube sebab ade yang upload kat situ..Seminar nie anjuran Telaga Biru Training & Consultant..Alhamdulillah...seronok dan sangat2 berpuas hati sebab dapat banyak ilmu yang berguna..Nie antara pic yang Que snap mase attend seminar nie..Kalau ade yang berminat nak join seminar macam nie boleh klik TBTC untuk tau macam2 info lagi..

SEMUSIM 2012

me with sis Dina..She so humble & soft spoken

Hmmmm itu lah antara program yang padat buat Que pada weekends lepas..Terasa jugak penat nye sebab 2hari bangun awal pagi tapi yang penting Que rasa seronok dan dapat ilmu yang berguna untuk Que dan kawan2 yang lain sebagai panduan hidup dan masa depan (akhirat)...InsyaAllah..semoga kita peroleh keberkatan dan rahmat dariNya..Amin..Amin Ya Rabbal Alamin...

Ok ye uolls..setakat nie je dulu celoteh mak minah nie...hahaha 
InsyaAllah, panjang umur kita jumpa lagi dan dapat la Que sambung celoteh kat sini..  =) 




Monday, 6 August 2012

My Made (Green/Hulk Theme)

Assalamualaikum..

hi uolls...harini punya post pasal semalam ok??? hihihi pejam celik pejam celik da tak lame je lagi bulan Ramadhan akan meninggalkan kita...Ya Allah sedih & sayu nya hati..kalau boleh tak nak Ramadhan pergi.. Hati Que sambut Ramadhan kali nie lebih bersemangat berbanding tahun-tahun sebelumnya.. Dan kali nie juga nak sambut Syawal tak terasa kemeriahannya..Tak tau la kenapa kan..Mungkin sebab pintu hati nie lebih terbuka untuk mempelajari dan mendalami ilmu Kalam Allah dengan lebih lagi..Que tak malu nak cakap yang Que rase Que jahil dan sangat2 lemah tentang agama..Dan sekarang tengah struggle untuk jadi muslimah yang lebih baik..Que harap kita semua akan jadi lebih baik dari sebelumnya..Ok?? InsyaAllah...Amin..Amin ya rabbal alamin..Semoga Allah perkenankan doa kita nie ye..

Ok2...lets start to our topic..hihi Smalam kan hari minggu..so, hati nie tergerak la jadi rajin sikitkan..hahaha rajin nak sediakan juadah berbuka tu nanti..pukul 4pm g kedai ngan baby skali untuk beli bahan2 nak masak tu..Nak dijadikan cerita, my baby nie boleh pulak tido mase ibu nie membeli barang (tido dalam baby carry)..hihi pantang berjalan mesti tido..tak kisah lah pergi mane pun..ish..ish..ish..
Menu Que ialah....... kuih buah melaka/ondeh2/kuih kelepong...hahaha entah mana 1 nama yang betul agaknye...Ok nie pic kuih tersebut...kihkihkih (skema pulak ayat ni)

 ini lah rupa kuih hasil kerajinan Que  :)

Kalau nak tahu, punya la banyak Que beli daun pandan untuk menghasilkan warna hijau yang asli tu...ade la dalam 7 ikat..hahaha korang bayangkan betapa banyaknye..tapi yang di'blend'  5ikat je..Beli punya la banyak sebab takut kuih tak cukup hijau kan..hihihi yang dah blend tu pun  masih ade lebihnye lagi air pandan tu... Untuk hasilkan yang lebih baik dan elak dari pembaziran, Que buat pula air pandan untuk hilangkan rasa dahaga...fuuhhhh memang terbaik la..itu pun atas request si suami juga..hihi TQ hubby bagi idea..


Alhamdulillah..ini lah juadah berbuka kami..

Oppsss jap...murtabak dalam pic tu bukan hasil kerajinan Que ye..itu fozen nye murtabak..Que cuma goreng/panaskan je..hihih hasil kerajinan Que semalam merupakan tema HIJAU...hahaha abis sume nak hijaukan...nasib baik murtabak pun tak hijau...eh ade ke camtu?? fuuhhh selamat sudah mengkarang ayat untuk blog nie..hahah neves cam nak exam..for the first time Que ade blog dan buat kuih & air "hijau" tu untuk santapan bersama...hamboiii ayat tak boleh blah..santapan lagi..ala2 raja gitu..
Ok la ye..sampai sini je dulu Que membebel..hihihi sila2 la uolls menatap juadah Que yang tak seberapa tu..

**maaf andai ade perkara @ ayat yang tidak disenangi..love uolls... ~peace~

Saturday, 4 August 2012

My First Story

Assalamualaikum..

hi, uolls..salam perkenalan buat semua yg baca & sudi menjengah blog Que yg tak seberapa nie..
Sebenarnya Que xde la pandai sgt untuk ber'blogging' nie..almaklum lah...nie pun first time buat...tetibe hati nie nak berblog pulak kan..nie sume gara-gara terjebak sebab jadi followers MARIA ELENA...padahal diri nie xde la bagus sgt pun nak create story..hahaha sedar diri rupanya....hahah xkisah la kan..kalau ade yang suka kira ok la..klau xsuke, nak buat camne kan..(huhuhuh sedih jap) Que suka baca blog peliks.blogspot.com& kupukupukecik..best sgt2...sis Maria yg owesommee tu memang terbaik la..suka dgn style u lah...ermmm pasal Yuyu tu, Que baru je follow...suke tgk Yuyu..u comel sgt lah..kecik2 cili padi..hihihi kalau la diberi peluang, rasa nak sangat jumpa mereka berdua nie..u r my inpiration la...memang terbaiiikkkkk (ayat boboiboy)ahahaha terpengaruh jap...
Ok la ya...sampai sini je dulu untuk pembukaan & perkenalan kita...kalau ade kekurangan Que minta maaf...saya org baru nak blajar.. support me..kalau ade apa2 idea @ pendapat, boleh la share..love uolls... 


*keep in smile...happy always ya..  =)